Makanan yang aku masak sendiri!

Pada entry kali ini aku nak ambil kesempatan nak share masakan aku! stay tune guys !

tomyam kangkung goreng . sedap weyhh
kebab ayam panggang!!
sup tulang
nasi ayam hehehehe
ni kurma ayam dengan salted egg vege
sambal ikan, sotong goreng kunyit kuah, sayur masak lemak

haaaa ni antara lauk-lauk yang sempat aku masak masa sem break. biasa aku sempat masak masa sem break panjang je. bila lagi nak jadi anak yang berguna ye dak? ma aku penat2 balik keje boleh terus makan. doakan aku untuk tambah skill masakan untuk masa akan datang nanti!

Pengalaman pertama melalui pembedahan membuang apendiks dengan teknik laparoscopic kembalikan hidup saya

this is apendiks. yang kecik tu. sape yang kena tau la sakit dia macam mana

Pagi tu tiba-tiba aku rasa sakit betul perut. Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Aku terus meluru ke bilik air. Rasa seperti ingin membuang air besar. Tapi tiada apa-apapun. Lalu saya mula rasa mual. Habis juadah berbuka saya muntahkan semua. Bersama rasa pahit. Aku sapu perut dengan minyak angin . Aku turun ke bawah untuk makan ubat gastrik saya. Memang standby dalam peti ais. Selesai makan ubat, saya kembali tidur. Jam 4.30 pagiSaya bangun siapkan makanan sahur. Aku bersahur seperti biasa walaupun perut masih pedih. Selesai makan, sekali lagi aku muntah.. Keluar nasi dan lauk yang aku makan tadi.. Kemudian..aku makan lagi ubat gastrik dan bersiap-siap untuk mandi dan solat subuh. Jam 7 pagi..Aku muntah sekali lg.. kali ini keluar lendir dan air yang sungguh pahit. Sakit di bahagian kanan perut aku seolah-olah bengkak dan keras apabila ditekan. Dalam hati aku berkata, ini bukan gastrik ni. Lain betul rasa sakitnya. Jam 9 pagi.Aku ke klinik berhampiran. Setelah doktor membuat pemeriksaan, beliau berkata ini adalah tanda-tanda sakit apendiks. What???Aku cuba tenang. Beliau membuat surat rujuk kepada hospital pakar yang berdekatan. Aku akur.. Sampai di hospital pakar, aku dirujuk oleh Dr Hamsan. Setelah bertanya beberapa soalan, beliau pun membuat pemeriksaan ke atas perut saya. Di tekan setiap sudut perut aku. Ternyata, sakit di bahagian kanan adalah melebihi sakit di bahagian lain. Aku diminta untuk membuat ujian darah dan air kencing. Aku disahkan menghidap apendiks. Penerangan mengenai pembedahan Laparoscopic diterangkan kepada aku secara terperinci. Aku akur..
 Disebabkan ketika itu aku masih lagi berpuasa, maka pembedahan Laparoscopic akan di lakukan petang itu juga. Aku di hantar ke wad Ruby.

Jam 2ptg Aku di arah untuk menukar baju untuk pembedahan. Aku ditolak ke bilik pembedahan. Dengan sedikit rasa gementar, Aku serahkan hidup dan matiaku hanya pada Allah swt dan meminta suami berdoa agar Aku selamat menjalani  pembedahan ini. Tak sangka, ada air jernih mengalir di pipi Aku.. . Ya Allah…Kau selamatkanlah aku. Jururawat yang bertugas melakukan tugasnya seperti biasa. Aku dimasukkan ke bahagian dalam bilik pembedahan. Sejuk suasana bilik pembedahan ini. Aku diangkat dari katil wad, ke katil pembedahan. Hangat terasa di belakang badan aku. Aku juga diminta memegang hose heater menghala ke badan dalam keadaan berselimut. Jururawat kata, “dik.. Jangan risau ye. Tilam ni panas.. Boleh hangatkan badan adik…” Pakar bius sudah tiba. aku melihat jam di dinding menunjukkan pukul 2.30 ptg. Sambil berjenaka melihat size badan aku di atas katil itu, tekaannya tepat bahawa berat saya tidak mencecah 50kg. Di tanya apa rahsia aku ? Aku hanya tersenyum hambar.. Aku tau, beliau cuba menghilangkan rasa gementar aku. Aku disuruh meniup salur oksigen beberapa kali. Ayat terakhir yang aku dengar semasa dia memasukkan bius ke salur jarum di tangan aku, memang pedih ubat bius tu, terasa macam disengat tebuan, bisa… Bismillahirrahmanirrahim.. adik, anda akan terlena dalam masa tidak sampai 30 saat ye. Sambil mengira 1 2 3 4 5 6 7 8 9….. Dunia aku gelap….. Sesedarnya aku, doktor menunjukkan sekeping gambar sambil menyatakan bahawa itu adalah apa yang di buang tadi.. “Saya tak nampak apa-apa doktor… Pandangan kabur”… Ya Allah…kenapa ni… Doktor kata, “tidak mengapa…awak tidur la dulu..”. pedih dan bisa tiba-tiba terasa. Saya lihat ke bahagian perut.. Terdapat 3 tebukan dan ianya siap bertutup. Patutlah bisa, bisik hati kecil saya. Ada 2 orang jururawat yang menunggu aku dipintu luar bilik pembedahan. Sesampainya di wad. Aku berasa sangat lemah. Tiada apa yang boleh aku lakukan melainkan tidur.. Tekak aku berasa perit. Tiba-tiba berasa seperti ada kahak melekat di tekak. Mungkin kesan dari camera yang dimasukkan ke dalam tekak saya barangkali. Jururawat menyuapkan aku air… Sambil bertanya jika ingin makan atau tidak. aku menggeleng kepala… Terus terlena lagi..

  . Aku akan dibenarkan pulang setelah segalanya selesai… Jam 4 petang…Discharged time!!!!! Alhamdulillah…. syukur Ya Allah … Pengalaman ini, aku abadikan dalam entri kali ini. Segala suka-duka, pahit-getir aku melalui tahun 2016 akan terpahat sampai bila-bila… Berjuanglah sehingga titisan terakhir. Yakin dan percayalah pada kekuasaan Allah swt. DIA mempunyai perancangan yang TERBAIK untuk kita… 

Jangan mudah percaya orang

Hello harini aku berniat nak share sikit dari artikel yang aku ambil dari utusan online! aku rasa benda ni sangat common dalam kehidupan kita seharian! jom terjah!

MACAM-MACAM jenis manusia ada di dunia ini. Ada yang baik. Ada yang jahat. Ada yang kaya dan ada yang miskin. Ada yang telah diberikan rezeki lebih sehingga dilantik memegang pelbagai jawatan tinggi dalam organisasi, syarikat mahupun agensi. Malangnya pula sanggup menyeleweng meskipun gaji bulanannya mencecah puluhan ribu ringgit. Puncanya perbelanjaan melebihi pendapatan.

Pendek kata, inilah gambaran ringkas jenis-jenis manusia yang mungkin boleh ditemukan dalam kehidupan kita seharian. Kalam terpanggil untuk membincangkan isu ini bagi menggambarkan betapa rakusnya manusia di zaman mutakhir mencari harta dunia tanpa mengira halal atau haram.

Dalam satu hadis iaitu daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Akan datang suatu zaman di mana seseorang itu tidak mempedulikan dari mana dia mendapatkan harta, apakah daripada sumber halal atau haram.”

Berkaitan dengan isu yang dibincangkan ini, wujud sekelompok manusia yang menampilkan diri sebagai kuat agama sama ada lelaki mahupun wanita tetapi sanggup menipu orang kerana duit.

Sememangnya kisah ini berlaku dalam masyarakat kita dan Kalam sendiri pernah mendengar luahan seorang sahabat berhubung nasib abangnya yang menjadi mang­sa penipuan umrah murah dua tahun lalu. Orang yang ­menipu abangnya itu adalah seorang ustaz.

Abangnya itu bukan orang senang. Namun disebabkan terpengaruh dengan kata-kata manis ustaz berkenaan, dia dan isterinya bulat-bulat menyerahkan wang sebanyak RM7,000 (RM3,500 seorang) kepada ustaz itu bagi menguruskan umrah mereka.

Setelah menunggu beberapa lama, tiba-tiba ustaz tersebut hilang tanpa berita. Telefon langsung tidak dijawab. Macam-macam ikhtiar untuk menjejaki ustaz ini tetapi gagal sehinggalah satu hari, abang sahabat Kalam ini terlihat ustaz tersebut berceramah di sebuah kampung lain.

Siapa yang tidak marah tetapi dia tidak mengambil sebarang tindakan. Kata sahabat Kalam, abangnya itu jenis orang yang sabar. Bagi Kalam, ustaz sebegini adalah jenis manusia yang zalim. Ingat, Allah itu Maha Adil dan Allah tidak akan mempersia-siakan doa orang yang dizalimi.

Namun dalam kesedihan ada juga kegembiraan apabila atas kehendak Allah jua, abang kepada sahabat Kalam ini serta isterinya telah dijemput menunaikan umrah baru-baru ini. Boleh dikatakan semua ahli keluarga yang menghantarnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menitis air mata kerana terlalu gembira setelah hajat mereka suami isteri untuk ke tanah suci dimakbulkan oleh Allah.

Satu kisah lain pula melibatkan seorang nenek yang menjadi mangsa penipuan seorang kenalannya. Kenalannya ini adalah seorang wanita. Hendak dijadikan cerita, satu hari kenalannya melawat nenek tersebut di rumah. Tujuannya untuk memujuk nenek berkenaan melabur dalam satu skim melalui pelaburan barang kemas.

Kenalan nenek ini menzahirkan dirinya sebagai seorang yang warak. Dengan penampilan sebegitu sudah tentu nenek berkenaan percaya dan mengambil keputusan menyerahkan segala barang kemasnya yang dianggarkan bernilai kira-kira RM15,000.

Ringkas cerita, pada dua bulan pertama, nenek itu memperoleh dividen pelaburan seperti dijanjikan tetapi apabila masuk bulan ketiga janji tinggal janji. Satu sen pun tak masuk. Masuk bulan keempat dan seterusnya, satu sen pun tak masuk. Nenek ini berkali-kali menghubungi kenalannya itu tetapi langsung tidak dijawab. Senang cerita nenek tersebut telah ditipu.

Berdasarkan dua kisah ini, Kalam sekadar mengingatkan diri ini serta pembaca sekalian agar kita sentiasa berhati-hati. Jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata orang walaupun pada zahirnya mereka dilihat cukup warak. Perlu buat siasatan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

Hakikatnya Rasulullah SAW dalam hal ini pernah mengingatkan kita bahawa akan keluar di akhir zaman ini orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka berpakaian dengan pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud) untuk mendapat simpati orang dan perkataan mereka lebih manis daripada gula. Padahal, hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang buruk). Renung-renungkanlah.

GAMBAR RAYA AKU !

okay hari ni aku rajin nak cari gambar raya lepas2, aku godek2 dalam pc akhirnya terjumpa. tapi tu lah. nak tergelak sebab mukanya berubah2. hahaha.

Aku ade lima beradik, aku yang sulung dan yang lain adik aku. tapi adik-adik aku semua lagi besar dari aku . Angah belajar di UMT , kak mi adik aku no 3 belajar di UUM. dan dua lagi masih sekolah.

ni gambar masa 2007 mase ni sekolah lagi haha
kalau yang ni aku tak ingat dah, mungkin 2016 kot? haha. aku kejap gemok kejap kurus
ini gambar tahun lepas. guna dslr so quality dia helok sikit
tengok, semua besar dari aku . aduhaduh
okay ni gambar raya untuk tahun ni. mak kau hijoooooo

sesungguhnya aku sangat beruntung kerana dapat keluarga yang supportive dan sentiasa push aku untuk lebih berjaya kerana aku seorang yang plaing malas belajar. hahahah. thank mama and pa.

Dugaan Bertunang

Assalamualaikum and Hai,

Cepat je rasa masa berlalu, rasanya macam baru je masuk belajar tahu tahu sekarang dah habis dah . Alhamdullilah 🙂
Okay la ni nak cerita pasal dugaan bertunang, sebab lama sangat tak update kan , so gambar tunang pun tak masukkan hahaha . Aku tunang akhir 2017 and yang sedihnya aku dah putus tunang pun. Walaupun macam macam aku cuba buatuntuk pertahankan hubungan ni tapi nampaknya memang dah tak boleh diselamatkan lagi dah.

Okay ni nak cerita apa dugaan yang aku hadapi selama aku jadi tunang orang . MUDAH MARAH, Actually masalah tu takde la besar mana pun tapi bila kau dah tunang ni kau mesti akan jadi sensitive tak menentu , kadang2 pasal suruh beli ayam KFC tapi beli ayam MCD pun boleh bawa gaduh.

Then SALAH FAHAM , memang la time bercinta pun kau akan salah faham tapi waktu tunang ni dia punya salah faham tu , Ya Allah kadang kadang aku pun tak faham apa benda yang nak salah faham , bila kau cakap lain then benda yang tunang kau faham akan jadi lain. Masa tu akan terdetik kat hati kau yang korang tak sefahaman walaupun benda tu simple je. Serious aku cakap, dulu aku sendiri pun tak caya bila orang cerita kat aku kadang kadang pasal sikat rambut pun korang boleh gaduh sampai nak putus tunang. Memang dengar macam lawak tapi kalau dah kena dekat diri sendiri , takde lawaknya , nagis la kau .
Pasal KEWANGAN tak payah cakaplah , memang akan gaduh pun tambah pulak time tu aku tengah belajar then aku dah ada kereta tapi aku takde keja. Macam mana aku nak bayar kereta and so on ? Bertambah tambahlah stress aku, so makin lama kitaorang makin gaduh , and tambah lah gaduh . Bila takde duit sape je yang tak stress ? Cuba cite . Sesiapa pun akan stress punyalah, dah la dengan keadaan ekonomi kita yang tak kukuh sekarang ni , aku cari kerja sana sini , pergi interview itu ini , hantar resume semua tak dapat kerja . Macam mana aku tak stress ? And boleh dikatakan ni adalah salah satu punca aku putus tunang . 
Pastu , MASA . Bila kau dah tunang ni automatic kau akan jarang jumpa dengan tunang kau , aku pun tak tahu kenapa. Before tunang , boleh dikatakan every week mesti dia akan datang jumpa aku tapi lepas tunang sebulan sekali belum tentu , kadang kadang 2 bulan sekali baru datang jumpa. Bukan nak jumpa selalu tapi faham faham jela , bila dah stress dah ada macam macam masalah , aku nak kau ada dengan aku bukan tiba tiba je takde. And bila dah terlalu lama sangat tinggal tunang kau sendirian and semua benda pun dia pergi buat sendiri , lama lama aku rasa macam kau takde je . Macam kau ni bukan tunang aku pun . Bukan tak boleh nak berdikari tapi kalau dah terlampau sangat berdikari lama lama kau pun akan rasa untuk apa kau ada tunang orang suami ? Perempuan ni sebenarnya boleh je buat semua tu sendiri tapi biasalah dia nak bermanja dengan kau , saja nak suruh kau buatkan untuk dia.
Aku dah cuba macam macam cara untuk berbaik dengan dia , termasuk lah merayu , menagis tapi sayang sungguh sayang semua tu tak menjadi . Bila aku duduk sorang sorang then tiba tiba hati aku terdetik nak buat solat sunat istikarah and solat sunat hajat . 
Aku buat , aku buat 7 hari berturut turut , tak pernah miss walaupun 1 , tapi hari ke 6 tiba tiba tunang aku Whatsapp aku tawar hati sangat dah . Ya Allah, sakitnya hati aku , masa tu sedih Allah saja yang tahu . Lepastu kitaorang ada la bincang bincang sikit and yang paling sakit sekali bila dia sendiri yang cakap dia dah taknak kat aku and dah memang kitaorang takkan get back lagi dah . Masa tu aku tak tahu nak cerita kat sape , dalam sekelip mata air mata aku jatuh , hati ni remuk tuhan saje yang tahu . Sakit sumpah sakit , tak terkata sakit yang aku rasa haritu . Aku tak mampu nak buat apa apa lagi time tu , dengan rasa yang amat kecewa , aku pergi ambik air sembahyang and solat asar , waktu solat tu air mata jatuh tak henti henti , aku cuba untuk tak menangis tapi tetap tak boleh. Selalunya bila aku solat aku minta Allah lembutkan hati dia dan bukakan pintu hati dia untuk terima aku , tapi doa aku berubah pada haritu , aku mintak Allah kuatkan hati aku dan keraskan hati aku ni.

Orang cakap kalau dah putus susah nak sambung balik tapi semua ni aku serahkan pada Allah , Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya . Amin .

Nasihat aku, pada yang nak tunang tu sila siapkan mental and fizikal yang kuat , and jangan tunang lama lama , tak elok . Ataupun nikah je terus , tu lagi baik dari kau tunang , serious aku tak tipu .

Akhir kata dari aku ,

Selamat berbahagia sayang dengan keputusan yang telah kau buat ni , kalau ada jodoh kita jumpa lagi , kalau takde jodoh kita , aku doakan kau jumpa dengan orang yang baik baik and jangan buat kat dia apa yang kau buat kat aku ni 

SKINCARE ROUTINE STEP BY STEP GUNA PRODUK DARI DRUGSTORE

Assalamualaikum and hello guys 🙂

Aku dulu bukanlah seorang yang concern sangat pasal skincare routine ni, selalu cuci muka je then apply moisturizer pas tu pakai le sunblock kira tu macam kira ok la bagi aku… huhuhu

Kalau dulu p mana2 bila orang tanya skin jenis apa…konpiden je cakap jenis oily … padahal ….skin aku jenis dry …haha apa da!

Camne aku leh tau skin aku jenis dry … sebab tergerak hati nak p cek skin kat aeon wellness hari tu…kira worth it jugak la bayar RM 4.90 tu tuk wat skin analisis kat muka ni …kalau tidak sampai ke sudah le aku duk cakap yang muka aku ni jenis oily …

So bila dah tau skin jenis dry, kenalah pilih produk yang sesuai untuk dry skin tapi ada jugak la barang yang aku guna bukan untuk dry skin pun which is aku nak habis la yang hat lama then baru aku akan ganti kan yang baru ikut kesesuaian kulit aku for me beli produk ikut skin type ni sangat penting ye .

kat atas ni sume barang2 yang aku tengah guna sekarang …

Untuk Day Routine. 

1) Bangun pagi aku akan wipe muka aku guna micellar water . Micellar water ni gak aku guna untuk remove make up. You olls boleh la pilih hat mana yang sesuai tuk uolls k. Currently aku guna 2 brand ni. Yang safi tu tuk large size dia aku letak kat office , yang small size ni normally aku bawak kalau aku travel mana2 . Yang wet tissue tu pulak if aku hang out so senang le nak remove make up time nak solat ke apa kan and bagi aku lebih praktikal tuk bawak wet tissue ni untuk outing and travel takde la berat sangat handbag tu nanti ye dak… hehe Untuk brand ni ade kat
Guardian je , harga not bag la 30 sheet RM 9. XX je macam tu consider murah dari brand2 lain.

2)  Then untuk cleanser pulak currently aku guna 3 brand ni and yesss super duper in love dengan yang biru tu, cuci muka guna tu memang rasa muka bersih je , whitehead pun dah tak  sebanyak dulu 🙂 Yang tu aku beli kat watsons je…memang rasa berbaloi sangat.
  To be honest aku tak suka sangat dengan Eversoft and Safi Cleanser tu, nak habiskan dulu then cari yang sesuai tuk dry skin aku nanti . Tapi yang Garnier tu… serious in love sangat dengan dia sebab bila lepas guna je rasa kulit ni macam best, macam fresh je gitu…tak tau nak explain camne tapi memang nak bagi 5 bintang la tuk Garnier tu , just untuk yang ni aku tak pakai everyday la, bila aku makeup then aku akan pakai Garnier ni.

3) Then aku akan apply toner dekat muka . Dulu tak pakai, then bila wat skin analysis tu beautician tu advice suh pakai so aku pun pakai le . Sebab dia cakap keanjalan kulit aku macam dah paling  bawah tuk skore dalam kategori anjal if aku tak jaga then kulit jadi tak anjal… haha adoi pening jugak ni nak paham ye dak . Safi tu bagi aku even murah tapi not bad, aku suka jugak. Since ramai yang review HL lotion ni best so aku guna ni sekarang tapi harga worth it la if korang grab during  40 % off kan . Hehe. Bezanya yang safi tu if nak guna kena guna cotton pad , yang HL ni tuang kat tapak tangan then dap kan kat muka uolls .

4) Then micellar water pulak …Yang ni pun tuang sikit kat tapak tangan then dap dap kan kat muka. Yes again berbaloi if uolls grab during sales . Harga asal almost RM 70 camtu. Nangis jugak kan.

4) Lepas water essence tu apply serum pulak. Currently aku guna Eversoft tu sebab yang nutox tu dah almost habis sebotol tapi tak bagi good result pun kat aku so time to change.

5)Then moisturizer pulak, untuk day cream previously aku guna pudding cream sekarang guna Eversoft pulak . Tak tau la result dia camne nanti. Pudding cream tu ok jugak not bad. Just nak tukar angin pulak. hehe

6) Last but not least for day care aku akan apply sun block. Sun block pilihan aku mestilah yang tade alcohol, free paraben … Previously aku guna Pure Beauty yang pink tu then hari tu SA kat watsons tu advice amik yang putih lebih sesuai untuk siang sebab dia cepat meresap compare yang merah ni. So aku pun amik je la yang putih tu plus harga dia pun much cheaper dari yang merah tu. Oh ya, range pure beauty product ada dekat watsons je tade dekat guardian ye. Untuk HL tu ramai jugak yang bagi good review so excited jugak nak guna …yes yang ni pun xde alkohol and paraben.

Then dah ade sume step kat atas boleh la uolls apply primer and pondation ke BB cream ke CC Cream ke sume segala mak nenek dia la lepas tu kan.

Untuk Nite Routine. 
Okay for nite routine basically sama je dengan day routine just tambah lagi few step.

1) Wipe face for remove makeup with micellar water.

2) Oil Cleanser . Aku guna brand HL. So again aku tekankan ikut kesesuaian kulit korang.
Ade jugak yang review dia orang tak suai dengan brand HL ni.

3) explanation same as above

4) Then guna exfoliation gel ni untuk buang kulit2 mati. This one tak perlu guna everyday,
     3 kali seminggu pun okay dah. Or ade je yang guna scrub pun okay je.
     St Ives apricot tu pun my fav jugak.

then apply toner 
then essence


then serum


Lepas tu pakai mask ni, aku tak pakai hari2 pun , hari yang aku apply exfoliation jelly tu aku akan pakai mask.

Lepas tu apply nite cream pulak, nite cream aku pilih from loreal.

Kalau malam uolls nak apply sun block boleh jugak tapi aku tak apply sun block malam .
Last but not least malam before tido selalu aku akan sapu eye roll-on ni.

Tapi sometimes akan ada hari malas aku for nite routine , so aku akan skip step toner, essence , serum, moisturizer tu sume then replace dengan cream mask ni je. Tapi bukan everyday le sebab yang ni pun 3 kali je dalam seminggu tu.

So korang share le pulak routine korang macam mana 🙂

MY FAVOURITE’S TERENGGANU FOODS!

Aku pasti semua orang ade makanan kegemaran masing2. aku ni memang kaki makan dan mostly makanan yang aku suka of course masakan dari pantai timur sebab aku memang asal dari sana. hehe. kat sini aku nak share makanan favourite aku yang nak buat korang meleleh2 terliur ! hehehe

1.KEROPOK

keropok weii sedappp

Ya rabbi. ni makanan paling aku suka kalau balik kampung. duduk kat shah alam ni keropok dia boleh baling kat dinding . keras sebab banyak tepung. memang tak sama dengan terengganu yang banyak ikan serta lembut! korang boleh la try makan keropok kat sana! sedap sangat2.

2. SEAFOOD CELUP TEPUNG

celup tepung

Ni pun benda yang aku akan cari kalau aku balik kampung. Memang sedap dan fresh. semua orang tahu bahawa terengganu adalah terletak dikawasan persisiran pantai dan banyak seafood2 fresh yang jual tepi2 jalan macam tu je. kalau korang rase sekali mesti nak lagi. kedai yang paling famous antaranya di kedai poknong di sebrang takir kuala terengganu.

3. Nasi Kerabu

ya rabbi ini memang sedap wei. kalau kau makan kiri kanan awek lalu pun memang tak perasan. memang sedap giloooo.

4. Mee Sup Telur Gedik

Sebenarnya kat mana-mana pun ade meesup. tapi kat sini special sebab ada banyak daging dan sup dia rasa pati dagin yang sedap sangat. tambah-tambah dengan telur separuh masak tu. padu sangat!

okay setakat tu dulu yang aku boleh share dengan korang. nanti kalau aku pegi tempat makan best aku akan update kat sini okay? XOXOXOXO

TRIP AKU KE PULAU REDANG 2019!

Trip ini adalah trip aku bersama pihak pengurusan jawatankuasa non resident uitm (jpnr) serta unit pengurusan non-resident (upnr) universiti teknologi mara (Uitm Shah Alam) selama 4 hari 3 malam.

CATATAN RINGKAS PERJALANAN

Kami mula bertolak dari Uitm Shah pada malam khamis ke Jeti Kuala Terengganu di kolej Teratai dan sampai di Terengganu tepat jam 7 pagi dan bersarapan disana.

SELAMAT SAMPAI KE TERENGGANU
MAKAN NASI DAGANG!

Selepas tiba, kami terus menaiki feri tepat jam 8 pagi :

AtAS FERI
POSE SIKIT! HEHEHEHEEHE

Selepas 45 minit, kami sampai di pulau redang! dihadapan chalet kami terdapat tempat snorkeling dan sangat cantik!

pemandangan dihadapan chalet kami

Selepas kami sampai, aku terus terjun ke laut untuk snorkeling

snorkeling

BINGKISAN PERJALANANKU KE MEKAH DAN MADINAH AL MUNAWWARAH

sekarang aku taknak story secara detail, sebab mostly semua orang dah tahu kan pengalaman ke tanah suci macam mana. aku cuma nak ringkaskan jela pengalaman aku dan family ditipu oleh agensi umrah ni sebanyak 50k jugak. Ada suatu masa dahulu heboh yang cikgu-cikgu di terengganu kena tipu dengan agensi umrah. haaa mama n papa aku juga jadi mangsa dek janji manis n diskaun. guys jangan percaya sangat guys. nak dijadikan rezki kitorang dapat pergi jugak dengan guna agensi lain, Mama jugak dah pergi report kat kpdnkk tapi takdapat buat ape sebab agensi yang tipu keluarga kami lari. Moga tuhan ampunkan kau wahai si pelaku! bukan sorang kena, beratus orang kena. lebih 4 juta dia tipu cikgu-cikgu kat sini. tanpa buang masa, kat sini aku nak share sikit gambar kat sana masa awal 2017.

sorry guys gambar tak berapa banyak sebab ade dalam handphone mak aku and sekarang ma and ayah aku sedang mengerjakan haji guys. doakan mereka mendapat haji yang mabrur! nanti kita sambung untuk next entry.

KENAPA AKU SUKA TRAVEL DAN FOODHUNTING?

Orang selalu tanya aku macam mana aku boleh selalu pergi travel sana sini? Tak penat ke? Jawapannya ya penat tapi kepuasan yang aku rasa tu beyond infinity sampai penat tu langsung tak terasa. Lagi satu soalan cepumas well soalan bila mahu kawin. Macam mana nak kawin kak, calon pun takdak. Sebab aku sekarang bujang trang tang tang la aku masih boleh berjalan ke sana ke mari without sebarang halangan. Aku tak cakap kalau da kawin tak boleh travel, cume belanja tu lebih sikit. Ramai je kawan aku yang travel with husband@wife bersama anak kecil lagi. Hope someday aku pun boleh macam tu gamaknye.

Kawan aku cakap sebab aku suka travel ni lah orang takut nak dekat dengan aku. Betul ke? Well jangan la jauh2 dari aku, mai la dekat sikit. Aku tak makan orang. Cuma makan nasi segantang. Aku akui aku ni degil jugak lah. Benda kalau aku nak, aku akan usaha sampai kasi jadi. Tapi aku usaha dengan titik peluh aku sendiri, bukan aku kerah tenaga orang pun. Kawan aku cakap jadi terlampau independent ni tak bagus untuk aku. Aku ni da terbiasa dari dulu buat semua sendiri. Kalau tak tahu aku tanya orang or sekarang apa susah aku google je. So aku memang jarang mintak tolong orang. Kalau bab travel aku memang amalkan konsep backpacker from A to Z aq settle sendiri. Aku suka bila aku tahu apa yang aku buat. Walaupun penat tapi bila da sampai ke destinasi yang kita tuju tu, penat tu memang worth it sangat.

Aku datang dari family yang biasa2 je. Kecik2 dulu bila cuti sekolah kebanyakan kawan aku pergi berjalan ke situ ke mari. Family aku bukan jenis suka berjalan sangat pun. Maybe banyak lagi benda penting yang perlu difikirkan daripada perabih duit untuk berjalan. So bila aku tanya mak aku kita takde pergi mana2 ke cuti sekolah?” Mak aku cakap duduk je la rumah rehat lagi bagus. Nanti ko da besar, ko pergi la memana yang ko nak. Belajar rajin2, cari kerja yang ok, pergi la semua tempat ko nak. Takde siapa boleh halang”. So now here i am, all grown up and travel ikot ke mana hati nak. Tapi bila da asyik berjalan je, si emak dan bapak mula lah risau. Takut anak membujang sampai ke tua dok ikotkan hati berjalan sangat. Mak aku kadang cakap udah2 da la tu berjalan. Bila ko nak berlaki? eh? Erm krik krik di situ kejap.

Belum kira makcik2 bawang yang dok runsingkan mak aku dengan persoalan2 macam eyh anak ko kerja apa ? Asyik berjalan je. Cuti setahun berapa? Gaji berapa? Ade orang sponsor ke? Eyhh helloo aku student lagi! buat part time. Aku travel ni semua sendirian berhad ok. Tak pernah lagi ada manusia berhati mulia sponsor aku ke mana2. Tapi kalau ada boleh pm tepi hahaha.. Cume satu je, aku ni boleh kata pandai manage duit aku lah. If aku planning nak travel jauh macam Australia atau Jepun ke, setahun sebelum aku da start saving sikit2. Aku percaya semua orang mampu travel if pandai tahan nafsu sikit. Aku ni cuma xmampu tahan nafsu makan dengan nafsu berjalan je. Nafsu lagi tujuh tu aku pandai control. Hahaha.

Kadang orang tengok kita travel, orang nampak yang indah2 je. Yela kita pun tunjuk gambar lawa2 je. Mana orang taw the story behind all the struggles kan. Kisah berebut cuti kena cari orang back up kerja, kisah kena ikat perot makan nasi lemak rm2 sebulan dua untuk kumpul bajet. Bersengkang mata malam2 tak tidur untuk dapatkan tiket murah. Mak aku pun da tak larat nak larang dah. Anak dia ni kan degil. Tapi aku just make sure la aku selamat pergi and balik dari sesebuah tempat tu. Kadang lagi seminggu nak fly baru aku cakap kat mak ayah aku if aku nak pergi mana2. Kalau bagitahu awal2 nanti dorang tak bagi pergi pulak. Korang jangan buat macam aku la. Kang jadi anak derhaka lak. Tapi jangan tak bagitahu langsung lah, itu terok. Just make sure korang stay safe bila pergi mana2 barulah family lega. Plus aku kalau pergi memana tu mesti akan bagi nombor travel buddy aku dekat family. Incase anything happen kan. Setakat ni tak pernah lagi travel solo. Maybe nanti2 harap ada kekuatan gerak sorang pulak.

Setakat ni aku dah pernah ke Indonesia, Thailand, Saudi Arabia, Madinah Cambodia & Dalam negara. Setiap negara yang aku pernah pergi tu semua ada memori indah memasing. Indonesia negara serumpun kita ni betul2 lawa tempat dia. Belum mampu jelajah semua ceruk Indonesia lagi. Singapura pulak memang moden. Timbul kagum tak sangka negara jiran kita sehebat ni. Thailand pulak boleh dikatakan syurga makanan. Cambodia pulak akan mengingatkan kita supaya sentiasa bersyukur dan beringat dengan orang yang lagi susah dari kita. Madinah & Saudi mengingatkan kita tentang sejarah nabi dan rasul serta tempat ibadah umat islam. Coming soon next year aku akan teruskan lagi lah minat travel aku ni ke negara lain yang aku tak pernah touch down lagi. Hope dipermudahkan la urusan aku sepanjang perjalanan nanti.

I’m a travel addict on the road to recovery.

Once the travel bug bites there is no known antidote, and I know I shall be happily infected for the rest of my life – Michael Palin

Terima kasih.