MY FAVOURITE’S TERENGGANU FOODS!

Aku pasti semua orang ade makanan kegemaran masing2. aku ni memang kaki makan dan mostly makanan yang aku suka of course masakan dari pantai timur sebab aku memang asal dari sana. hehe. kat sini aku nak share makanan favourite aku yang nak buat korang meleleh2 terliur ! hehehe

1.KEROPOK

keropok weii sedappp

Ya rabbi. ni makanan paling aku suka kalau balik kampung. duduk kat shah alam ni keropok dia boleh baling kat dinding . keras sebab banyak tepung. memang tak sama dengan terengganu yang banyak ikan serta lembut! korang boleh la try makan keropok kat sana! sedap sangat2.

2. SEAFOOD CELUP TEPUNG

celup tepung

Ni pun benda yang aku akan cari kalau aku balik kampung. Memang sedap dan fresh. semua orang tahu bahawa terengganu adalah terletak dikawasan persisiran pantai dan banyak seafood2 fresh yang jual tepi2 jalan macam tu je. kalau korang rase sekali mesti nak lagi. kedai yang paling famous antaranya di kedai poknong di sebrang takir kuala terengganu.

3. Nasi Kerabu

ya rabbi ini memang sedap wei. kalau kau makan kiri kanan awek lalu pun memang tak perasan. memang sedap giloooo.

4. Mee Sup Telur Gedik

Sebenarnya kat mana-mana pun ade meesup. tapi kat sini special sebab ada banyak daging dan sup dia rasa pati dagin yang sedap sangat. tambah-tambah dengan telur separuh masak tu. padu sangat!

okay setakat tu dulu yang aku boleh share dengan korang. nanti kalau aku pegi tempat makan best aku akan update kat sini okay? XOXOXOXO

Unknown's avatar

Author:

im full off courage!

Leave a comment