Assalamualaikum and Hai,
Cepat je rasa masa berlalu, rasanya macam baru je masuk belajar tahu tahu sekarang dah habis dah . Alhamdullilah 🙂
Okay la ni nak cerita pasal dugaan bertunang, sebab lama sangat tak update kan , so gambar tunang pun tak masukkan hahaha . Aku tunang akhir 2017 and yang sedihnya aku dah putus tunang pun. Walaupun macam macam aku cuba buatuntuk pertahankan hubungan ni tapi nampaknya memang dah tak boleh diselamatkan lagi dah.
Okay ni nak cerita apa dugaan yang aku hadapi selama aku jadi tunang orang . MUDAH MARAH, Actually masalah tu takde la besar mana pun tapi bila kau dah tunang ni kau mesti akan jadi sensitive tak menentu , kadang2 pasal suruh beli ayam KFC tapi beli ayam MCD pun boleh bawa gaduh.
Then SALAH FAHAM , memang la time bercinta pun kau akan salah faham tapi waktu tunang ni dia punya salah faham tu , Ya Allah kadang kadang aku pun tak faham apa benda yang nak salah faham , bila kau cakap lain then benda yang tunang kau faham akan jadi lain. Masa tu akan terdetik kat hati kau yang korang tak sefahaman walaupun benda tu simple je. Serious aku cakap, dulu aku sendiri pun tak caya bila orang cerita kat aku kadang kadang pasal sikat rambut pun korang boleh gaduh sampai nak putus tunang. Memang dengar macam lawak tapi kalau dah kena dekat diri sendiri , takde lawaknya , nagis la kau .
Pasal KEWANGAN tak payah cakaplah , memang akan gaduh pun tambah pulak time tu aku tengah belajar then aku dah ada kereta tapi aku takde keja. Macam mana aku nak bayar kereta and so on ? Bertambah tambahlah stress aku, so makin lama kitaorang makin gaduh , and tambah lah gaduh . Bila takde duit sape je yang tak stress ? Cuba cite . Sesiapa pun akan stress punyalah, dah la dengan keadaan ekonomi kita yang tak kukuh sekarang ni , aku cari kerja sana sini , pergi interview itu ini , hantar resume semua tak dapat kerja . Macam mana aku tak stress ? And boleh dikatakan ni adalah salah satu punca aku putus tunang .
Pastu , MASA . Bila kau dah tunang ni automatic kau akan jarang jumpa dengan tunang kau , aku pun tak tahu kenapa. Before tunang , boleh dikatakan every week mesti dia akan datang jumpa aku tapi lepas tunang sebulan sekali belum tentu , kadang kadang 2 bulan sekali baru datang jumpa. Bukan nak jumpa selalu tapi faham faham jela , bila dah stress dah ada macam macam masalah , aku nak kau ada dengan aku bukan tiba tiba je takde. And bila dah terlalu lama sangat tinggal tunang kau sendirian and semua benda pun dia pergi buat sendiri , lama lama aku rasa macam kau takde je . Macam kau ni bukan tunang aku pun . Bukan tak boleh nak berdikari tapi kalau dah terlampau sangat berdikari lama lama kau pun akan rasa untuk apa kau ada tunang orang suami ? Perempuan ni sebenarnya boleh je buat semua tu sendiri tapi biasalah dia nak bermanja dengan kau , saja nak suruh kau buatkan untuk dia.
Aku dah cuba macam macam cara untuk berbaik dengan dia , termasuk lah merayu , menagis tapi sayang sungguh sayang semua tu tak menjadi . Bila aku duduk sorang sorang then tiba tiba hati aku terdetik nak buat solat sunat istikarah and solat sunat hajat .
Aku buat , aku buat 7 hari berturut turut , tak pernah miss walaupun 1 , tapi hari ke 6 tiba tiba tunang aku Whatsapp aku tawar hati sangat dah . Ya Allah, sakitnya hati aku , masa tu sedih Allah saja yang tahu . Lepastu kitaorang ada la bincang bincang sikit and yang paling sakit sekali bila dia sendiri yang cakap dia dah taknak kat aku and dah memang kitaorang takkan get back lagi dah . Masa tu aku tak tahu nak cerita kat sape , dalam sekelip mata air mata aku jatuh , hati ni remuk tuhan saje yang tahu . Sakit sumpah sakit , tak terkata sakit yang aku rasa haritu . Aku tak mampu nak buat apa apa lagi time tu , dengan rasa yang amat kecewa , aku pergi ambik air sembahyang and solat asar , waktu solat tu air mata jatuh tak henti henti , aku cuba untuk tak menangis tapi tetap tak boleh. Selalunya bila aku solat aku minta Allah lembutkan hati dia dan bukakan pintu hati dia untuk terima aku , tapi doa aku berubah pada haritu , aku mintak Allah kuatkan hati aku dan keraskan hati aku ni.
Orang cakap kalau dah putus susah nak sambung balik tapi semua ni aku serahkan pada Allah , Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya . Amin .
Nasihat aku, pada yang nak tunang tu sila siapkan mental and fizikal yang kuat , and jangan tunang lama lama , tak elok . Ataupun nikah je terus , tu lagi baik dari kau tunang , serious aku tak tipu .
Akhir kata dari aku ,
Selamat berbahagia sayang dengan keputusan yang telah kau buat ni , kalau ada jodoh kita jumpa lagi , kalau takde jodoh kita , aku doakan kau jumpa dengan orang yang baik baik and jangan buat kat dia apa yang kau buat kat aku ni