Pengalaman pertama melalui pembedahan membuang apendiks dengan teknik laparoscopic kembalikan hidup saya

this is apendiks. yang kecik tu. sape yang kena tau la sakit dia macam mana

Pagi tu tiba-tiba aku rasa sakit betul perut. Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Aku terus meluru ke bilik air. Rasa seperti ingin membuang air besar. Tapi tiada apa-apapun. Lalu saya mula rasa mual. Habis juadah berbuka saya muntahkan semua. Bersama rasa pahit. Aku sapu perut dengan minyak angin . Aku turun ke bawah untuk makan ubat gastrik saya. Memang standby dalam peti ais. Selesai makan ubat, saya kembali tidur. Jam 4.30 pagiSaya bangun siapkan makanan sahur. Aku bersahur seperti biasa walaupun perut masih pedih. Selesai makan, sekali lagi aku muntah.. Keluar nasi dan lauk yang aku makan tadi.. Kemudian..aku makan lagi ubat gastrik dan bersiap-siap untuk mandi dan solat subuh. Jam 7 pagi..Aku muntah sekali lg.. kali ini keluar lendir dan air yang sungguh pahit. Sakit di bahagian kanan perut aku seolah-olah bengkak dan keras apabila ditekan. Dalam hati aku berkata, ini bukan gastrik ni. Lain betul rasa sakitnya. Jam 9 pagi.Aku ke klinik berhampiran. Setelah doktor membuat pemeriksaan, beliau berkata ini adalah tanda-tanda sakit apendiks. What???Aku cuba tenang. Beliau membuat surat rujuk kepada hospital pakar yang berdekatan. Aku akur.. Sampai di hospital pakar, aku dirujuk oleh Dr Hamsan. Setelah bertanya beberapa soalan, beliau pun membuat pemeriksaan ke atas perut saya. Di tekan setiap sudut perut aku. Ternyata, sakit di bahagian kanan adalah melebihi sakit di bahagian lain. Aku diminta untuk membuat ujian darah dan air kencing. Aku disahkan menghidap apendiks. Penerangan mengenai pembedahan Laparoscopic diterangkan kepada aku secara terperinci. Aku akur..
 Disebabkan ketika itu aku masih lagi berpuasa, maka pembedahan Laparoscopic akan di lakukan petang itu juga. Aku di hantar ke wad Ruby.

Jam 2ptg Aku di arah untuk menukar baju untuk pembedahan. Aku ditolak ke bilik pembedahan. Dengan sedikit rasa gementar, Aku serahkan hidup dan matiaku hanya pada Allah swt dan meminta suami berdoa agar Aku selamat menjalani  pembedahan ini. Tak sangka, ada air jernih mengalir di pipi Aku.. . Ya Allah…Kau selamatkanlah aku. Jururawat yang bertugas melakukan tugasnya seperti biasa. Aku dimasukkan ke bahagian dalam bilik pembedahan. Sejuk suasana bilik pembedahan ini. Aku diangkat dari katil wad, ke katil pembedahan. Hangat terasa di belakang badan aku. Aku juga diminta memegang hose heater menghala ke badan dalam keadaan berselimut. Jururawat kata, “dik.. Jangan risau ye. Tilam ni panas.. Boleh hangatkan badan adik…” Pakar bius sudah tiba. aku melihat jam di dinding menunjukkan pukul 2.30 ptg. Sambil berjenaka melihat size badan aku di atas katil itu, tekaannya tepat bahawa berat saya tidak mencecah 50kg. Di tanya apa rahsia aku ? Aku hanya tersenyum hambar.. Aku tau, beliau cuba menghilangkan rasa gementar aku. Aku disuruh meniup salur oksigen beberapa kali. Ayat terakhir yang aku dengar semasa dia memasukkan bius ke salur jarum di tangan aku, memang pedih ubat bius tu, terasa macam disengat tebuan, bisa… Bismillahirrahmanirrahim.. adik, anda akan terlena dalam masa tidak sampai 30 saat ye. Sambil mengira 1 2 3 4 5 6 7 8 9….. Dunia aku gelap….. Sesedarnya aku, doktor menunjukkan sekeping gambar sambil menyatakan bahawa itu adalah apa yang di buang tadi.. “Saya tak nampak apa-apa doktor… Pandangan kabur”… Ya Allah…kenapa ni… Doktor kata, “tidak mengapa…awak tidur la dulu..”. pedih dan bisa tiba-tiba terasa. Saya lihat ke bahagian perut.. Terdapat 3 tebukan dan ianya siap bertutup. Patutlah bisa, bisik hati kecil saya. Ada 2 orang jururawat yang menunggu aku dipintu luar bilik pembedahan. Sesampainya di wad. Aku berasa sangat lemah. Tiada apa yang boleh aku lakukan melainkan tidur.. Tekak aku berasa perit. Tiba-tiba berasa seperti ada kahak melekat di tekak. Mungkin kesan dari camera yang dimasukkan ke dalam tekak saya barangkali. Jururawat menyuapkan aku air… Sambil bertanya jika ingin makan atau tidak. aku menggeleng kepala… Terus terlena lagi..

  . Aku akan dibenarkan pulang setelah segalanya selesai… Jam 4 petang…Discharged time!!!!! Alhamdulillah…. syukur Ya Allah … Pengalaman ini, aku abadikan dalam entri kali ini. Segala suka-duka, pahit-getir aku melalui tahun 2016 akan terpahat sampai bila-bila… Berjuanglah sehingga titisan terakhir. Yakin dan percayalah pada kekuasaan Allah swt. DIA mempunyai perancangan yang TERBAIK untuk kita… 

Unknown's avatar

Author:

im full off courage!

Leave a comment